Friday, March 18, 2011

Slamat Ari Jadi...

Huhu.. Sronok jgk sambut birthday sorg2 ni. X yah bazir duit. Org slalu belanja besar bila tiba birthday dia tapi...bila tiba birthday ??? satu sen pun dia x nak kluarkan. Bkn tu je, ada gak yg x prasan birthday???. Mesti korg tertanya-tanya kan sape ??? sebenarnya. Dialah penghulu kita, saiduna Muhammad ibni Abdullah 'alahis solatu wassalam.


 Kita slalu sibuk ngan birthday kita dan org yg kita cinta. Tapi kita lupa birthday baginda. Saya suka btul ngan tarikh birtday saya ni.. 14 Rabiul Akhir. Walaupun x sama hari, saya terasa dekat ngan Rasulullah. Jaraknya sebulan 2 hari je. Masa kecik2 dulu, time hingus saya masih meleleh. Saya slalu merungut bila tiba hari Birthday Rasulullah s.a.w. Asal nak tgk dragonball, kluar org berarak bwk spanduk. Benci betul. Tentu ramai pembaca yg sedang baca ni sama macam saya. Klu x dragonball, sailor moon. Tapi skrg baru saya sedar. Dah tua2 krepot camni baru saya sedar. Betapa istimewanya hari tersebut. Hatta, Allah sendiri sambut birthday kekasih-Nya. Haa!! terkejut ke?? Abis tu, api yg disembah Majusi terpadam tu apa?? Mekah bercahaya plak knape?? Bkn ke Allah sambut tu. Abu Lahab yg men jahat ngan Rasulullah s.a.w. pun sambut birthday baginda. Inikan kita yg islam ni. Men kedekut lg nak berselawat bila tiba birthday baginda. Allah x kannya suka2 nak cipta alam semesta ni kalau bkn sebab nak lahirkan baginda. Kita x kan lahir kat dunia ni kalau Allah x nak cipta insan yg namanya Muhammad. X kan adanya Lailatul Qadr kalau x de insan yg bernama Muhammad. X ke semua ni cukup utk membuktikan betapa istimewanya birthday baginda Muhammad s.a.w.?? Knape kita masih x bersyukur lagi?? Knape kita masih kedekut nak berselawat bila tiba hari kelahiran baginda?? Mungkin cerita ni agak terlewat diterbitkan tapi kita masih bergelar umat Muhammad. X kan berlalu sehari melainkan Rasulullah risau akan kita. Oleh tu, kita pun tiap2 hari kena semaikan cinta terhadap baginda. Siapalah saya utk berkata ttg cinta kpd Allah dan Rasul-Nya kerana saya masih terkapai-kapai di waktu malam yg gelap gelita. Ini hanyalah peringatan utk diri saya dan juga utk mereka yg sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya...sekian

No comments:

Post a Comment