Tuesday, March 22, 2011

Pasti ada Hikmahnya...

Hish..result dah kluar. Cuma x sampai je skolah lg. Tapi sblum saya pergi skolah ni, saya nak ceritakan kat semua ttg satu ksh. Sronok ksh ni.....

Zaman dulu2, ada seorg hamba Allah yg beribadah di atas sebuah bukit. Kebetulan kat bukit tu ada satu mata air yg boleh diminum. Tiba2, dtg seorg penunggang kuda. Dia membawa skali bersamanya 1000 wang dinar emas dalam kantungnya. Bila dia tiba di mata air tersebut, dia berhenti untuk menghilangkan dahaga yang kian melemahkan dirinya. Tgh2 minum, lupalah akan dia kepada duitnya tadi. Dia berlalu pergi dengan meninggalkan kantungnya. Tak lama kemudian, tiba pula seorang jejaka lain yg entah dari mana. Seraya dia melihat akan kantung yang penuh dgn emas... pandang kanan, pandang kiri..atas..bawah..blakg..dan depan..." hah, x de org, rezeki ak ni ". habis lesap emas itu dikebasnya. Melompat-lompat dia lari sronok. Mana x nya, dapat seribu dinar emas. Bila jejaka tadi berlalu pergi...datang pula seorang miskin yg lemah lagi sakai. Oleh sebab kepenatannya mengembara, dia berhenti untuk minum air di mata air tersebut. Selepas minum air, dia tertidur dek kerana terlalu penat. Dalam masa yg sama, penunggang kuda yg awal2 td teringat kembali akan kantung yg ditinggalkan akan dia. Kembalilah semula si penunggang kuda ke bukit yg ada mata air tadi. Bila tiba di sana, dia berpusing-pusing mencari kantunggnya tetapi dia beroleh kecewa. " Aduh..mana ni. Baru kejap ak tinggal dah hilang. Kalau ak tau sapa amik ni, mmg ak blasah ckp2". Tiba2, dia ternampak si miskin sedang tidur di sebelah mata air tersebut. Lantas dgn perasaan menyirap, dia dtg kpd si miskin tadi. " Woi!! ko amik duit ak kan?? " Terkejut si miskin tadi. " Hah?? Apa?? Duit?? Mana?? Ak nak jgk.." Bertambah marahlah si penunggang kuda tersebut. " Ko buat loya buruk ngan ak ya. Ak tanya ko, ko curi duit ak kan??" " Ko sorang je yg ada kat sini. Mestilah ko amik. Pulangkan balik duit ak" Naik pelik si miskin tadi. Dahla tengah syok tidur ada org kejut. Lps tu kena tuduh pulak curi duit. " Bang... lek dulu. Saya mana ada amik duit abg. Masa saya datng tadi saya x nampak duit pun. Kalau saya nampak, dah lama saya bawak lari. X denya saya nak rilek2 tidur kat sini" " Kurang asam!!" " Bedebushh" satu penumbuk melekat kat pipi si miskin tadi. Teruk jugak dia dibelasah oleh penunggang kuda tadi. Akhirnya, penunggang kuda tersebut membunuh si miskin tadi....

Huh?? Apa jadi lps tu?? Hamba Allah yg beribadah kat atas bukit tadi melihat semua kejadian itu lantas dia berkata pada Allah.." Ya Allah, enkau tau sapa yg salah, sapa yg betul. Tapi kenapa engkau biarkan perkara ni berlaku??" Allah menjawab, " engkau buat kerja kau, kerja aku engkau x payah tahu" Kemudian, Allah membongkarkan semua hikmah di sebalik kejadian tersebut. Rupa2nya, si miskin tu dulu, dia telah membunuh aya si penunngang kuda. Oleh itu, Allah membiarkan balik perbuatannya di balas oleh penungang kuda tersebut. Harta tu pulak, bkn milik si penunggang kuda. Itu adalah hasil curi ayah si penunggang kuda daripada ayah si pengambil harta. Oleh itu, Allah kembalikan semula harta pusaka yg 1000 dinar emas itu kepada pemiliknya...

Haa...setiap yg berlaku ada hikmahnya. Kita kena sabar dgn apa yg berlaku. Hakikat sabar ialah kita yakin bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya dan bukan memendam buta dalam hati semata-mata. Oleh itu, buat pembaca2 skalian, jgnlah kita merungut pada Allah dgn segala apa yg berlaku pada diri kita dan org lain. Yg amik keputusan SPM, redhalah dengan ketentuannya. Walaupun saya bukanlah sehebat mana, saya cuma menjalankan amanah yang diberi-Nya...wassalam.

No comments:

Post a Comment