Wednesday, December 29, 2010

Terbang Ke Langit...


Bismillahirahmanirrahim....
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kepada Allah atas keizinan-Nya untuk ana menyambung penulisan ini. Dah besar ana sekarang. Dah abis 17 tahun ana hidup kat dunia ni. Igt lag kecik2 dulu. Uish, nakal. Lari sana, lari sini. Lps tu mak ana jerit," Syafiq, jgn lari nanti jatuh...". "Gedebuk", aduh, pedih muka aku tersembam kat tanah. Itulah doa mak. Betapa Allah mendengar doa ibu kepada anaknya. Jd, wat bakal2 ibu ataupun ibu yg sudah sedia ada, klu nampak anak lari, kata kat dia, " Nak, jgn lari, nnti terbang". Ha, kan best skit. Adala gaya superman skit. Hehehe... Sebenarnya kali ni, ana ingin kongsikan satu perkara dgn pembaca sekalian. Hidup kita ni penuh cabaran. Masakn kita berkata kita beriman sedangkan kita tidak diuji? Sehebat mane pun manusia itu, dia x kan dpat terus berdiri teguh di muka bumi ini. Pasti kadang2 dia tersadung batu. Lagi sedap klu tersungkur. Hatta, Najib sekalipun pernah tersadung. Begitulah juga hidup ni. Tp, kita perlu sedar bahawa setiap yg berlaku itu ada hikmahnya. Sekali ni ana naik KTM. Jumpa seorang fulan. Fulan ni nampak biasa, pakai rantai siap. Dia pun asal orang biasa2 je. X blajar agama sangat. Tp kata2 dia banyak menyedarkan ana ttg hidup ni. Dia kata dia dah hilang dua biji motor. Sebab tulah dia naik KTM. Tp ape dia kata?? "X pela, ak hilang motor honda 2 tayar, ntah2 nanti Allah bg Honda EK49 4 tayar"... "Perghh" terkedu ana dengar. Ana pun x mcm ni. Renung2lah bersama....

Saturday, November 6, 2010

Di manakah Islam kamu??

                                                                   (gmbr hiasan)
Assalamualaikum....Tgh2 duk cuti deepavali ni (bkn sambut pown), sebuah kisah realiti telah menjadi sembilu yang mengguris hatiku. Mankan tidak, orang Islam punya pasal, punah harapan ak... Camni kisah die... Walaupun diri ini jauh dari selangor, ak masih ade kwn. Bkn calang2 kwn ak ade. Haa, orang tua siap. Malangnya die ni, masih x dapat hidayah Illahi. I2 yg ak sedih 2. Jd, hari demi hari, ak simpan azam untuk islamkan pakcik ni. Ak kenal die dkt lorong2 je. Mana x nye, asal blk surau nmpk die. Kesian, tgk die lintas jln naik kerusi roda. Org len buat dek je. Kereta lalu lalang. Dahla mlm pulak 2. Pakcik ni pulak x de saudara mara t'dkt kat situ. Tinggal sorang2. Kdg2 borak ngan die, sebak hati ni. Die kengkadang kena kutuk, kena cerca ngan orang len sbb die ni cacat, x de kaki. Jd, blk kali ni, ak nak la tarik die skit je ke arah islam, TAPI.... telah berlaku sesuatu..... Lepas ak gunting rambut kat kedai, ak nmpk die bersama kerusi rodanye. Slow giler. Jd, ak dtgla nk tlg. Tp peliknye, die x bg. Ak cuba jugak, tp die ttp x nk. Walaubagaimanapun, ak ttp x pts asa. Akhirnya dia tewas... hehehe... Lps 2 pakcik ni storyla kat ak. Dia bkn x nk bg ak tolak, tp die takut. Takut kena rompak. Semua ni sbb ORANG MELAYU ISLAM. Sanggup diorang pura2 nk tlg pakcik ni, tp lps 2 rompak die.. Klu ak dipertemukan dgn laki2 x guna 2, mmng ak lanyak diorang cukup2. Mana x nye, punah harapan ak nak menjadi saudara die. Pengajarannya.. Janganlah jadi FITNAH kpd islam... wassalam

Sunday, October 31, 2010

Lari!!!!

Ehm..ehm.. alhamdulillah, dpt sekali lg ana menulis nih. Ni ade sikit citer ni. Pada suatu hari ni, ketika solah jumaat, 1000 org islam dikejutkan dgn kedatangan 2 org. Kedua-duanya pakai baju serba hitam, bertopeng dan bwk sub machinegun. Jd, sorang ni kata," sape2 kat sini yang berani untuk mati kerana Allah, duduk di mane anda berada. Dlm sekelip mata, semua org bertempiaran, menjerit lari selamatkan diri. Ye lah, sape tak tkt kena tmbk. Walaubagaimanapun, tggl lbh krg 20 org yg msh stay confident kat dlm masjid. Lps tu, org yg cakap td, berkata,"Ya Maulana, saya dah halau semua org2 hipokrit ni, sila teruskan". Lps 2, diorang tu pun blah... haa, tgk 2. Dlm 1000 org hanya 20 je yg btul2 mukmin. Rase2nye, klu kita ade kat situ, macam mane ye??

Friday, October 29, 2010

Tetamu

Haa, ada ape ngan tetamu?? Satu kisah ingin saya jongsikan bersama pembaca sekalian. Pada satu mlm ni saya bersama shbt saya berjalan2 di sunway. bila kami naik bas, kami bertemu ngan orang kulit hitam. Tgk2 dia ckp arab. Jd shbt ana ni yg br blk dr Syria ni tegur lah mereka. Masya-Allah, mereka ni baik betul. Kami baru 17 tp orang arab tu 20>. Sorang je 19. Bersembang ngan diorang mcm dah lame kenal. Kwn saya tu ckp arab la tp saya ckp BI je. Rupa2 nye, org arab ni suka dtg Malaysia sbb die suka ngan orang Malaysia yg datang kat negara diorang. Tp bila diorang sampai sini, lain pulak jdnya. Diorang x ramai kawan. Tp, klu org Malaysia dtg arab, terutamanya mekah ngan madinah, diorang mmg gembira. Diorang lyn btul2. Macam tetamu yg sebenar. Tp kite???

Thursday, October 7, 2010

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan terhadap hamba-Nya yang lemah ini untuk menyambung tinta komputer ni. Kali ini ingin saya kongsikan sebuah cerita yang saya dengar dari seorang sahabat. Ceritanya macam ni. Pada zaman dahulu kala,(x de la dulu sangat) terdapat sebuah keluarga yang aman lagi bahagia. Keluarga x de mak cuma ayah je. Tiba2 ayah die mati. Tinggallah anak-anak sahaja. Yang peliknya, anak-anak die ni ada 2 golongan. Pertama, abang2 yang kaya dan kedua adik2 yang miskin. Nak buat macam mana, sebab abang2 ni kaya, jadi abang2 nilah yang memimpin adik2 die ni. Nak dijadikan cerita, satu hari keluarga ni pergi berkelah kat pantai. Tiba2, datang seorang pendatang asing ni, rogol adik perempuan diorang ni. Jadi, si adik2 ni pergila lapor kat abang mereka yang kaya tu. Apa yang peliknya ialah abang2 ni sempat bermesyuarat dulu sedangkan adik perempuan mereka tengah kena rogol. Lepas tu, adik2 yang kecik ni paksa abang2 diorang tapi nak buat macam mane, diorang tu kecik lagi, abang2 die buat x tau je. Tak lama kemudian, seorang adik lelaki hanyut kat laut. Memang masa tu dah nak lemas dah. Sekali lagi adik2 ni datang mengadu dan mintak tolong kat abang2 diorang tapi abang diorang ni mesuarat kan benda tu lagi. Mereka sempat bermesyuarat sedangkan 2 adik diorang dalam kesusahan. Sebabkan adik2 yang lain ni miskin dan masih mentah lagi, diorang hanya buat banner dan mintak tolong orang lain la. Sebab abang2 diorang yang kaya tu dah x boleh dipercayai dah.... Kesimpulannya, Ayah keluarga ini adalah seorang KHALIFAH. Abang2 yang kaya 2 ialah negara Islam yang kaya raya dan adik2 tu ialah kita semua. Adik yang dirogol merujuk kepada perempuan di palestin dan adik yang hanyut ialah orang2 di Iraq. Jadi, sama2lah kita fikirkan sejauh mana yang kita telah lakukan untuk menolong saudara seislam kita. Adakah setakat membuat banner sahaja??? Fikir2kanlah ye.. Sehingga bertemu lagi..

Saturday, October 2, 2010

Tersalah Langkah

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, dapat juga hamba Allah ini menulis sekali lagi dengan izin-Nya. Selalu kita dengar, orang kata,"kita ni manusia, tak terlepas dari kesilapan". Ya, mmg betul kita ini adalah manusia. Dan kita tidak akan terlepas dari kesalahan. Namun ayat2 indah ini sering manusia gunakan sebagai excuse bila dia buat kesalahan. Boleh terima ke alasan macam ni? Memang manusia akan buat silap tetapi bile seseorang itu berkata sedemikian seolah-olah dia tak salah. Seolah-olah dia menyalahkan robb yang menciptanya. Tidakkah begitu? Fikir2kanlah wahai umat islam sekalian. Seharusnya kita sellepas melakukan kesilapan kita bertaubat kerana Allah itu Maha Pengampun. Allah lebih mengasihani hamba-Nya daripada kasih ibu terhadap anaknya. Masya-Allah, sungguh besar rahmat Allah. Janganlah kita bersedih hati bila buat salah tapi jadikanlah ia pengalaman yang mengajar kita untuk mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Harapnya tinta tulisan komputer ini dapat memberi pengajaran untuk kita semua. Sehingga bertemu lagi...

Saturday, July 24, 2010

Subhanallah

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Raja sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kerana telah bersusah payah menyebarkan Islam dan dengan izin Allah, hari ini, tika ini, si penulis yang hina ini masih digelar seorang muslim.

Segala puji bagi Allah kerana telah menggerak hati insan yg hina ini utk mencoret sesuatu buat sesiapa yg sudi. Ingin ana kongsikan sebuah cerita dengan pembaca sekalian tentang seorang lelaki Ruben Abu Bakr. Kisah ini terlalu menyentuh hati ana. Beliau ini seorang muallaf. Dahulunya orang yang mensyirikkan Allah. Bekerja sebagai seorang jurugambar. Tetapi, Alhamdulillah Allah telah mmbuka jalannya untuk menuju ke arah Islam, agama yg suci.

Sejak dahulu lg beliau telah mengkaji mengenai agama tidak kiralah kristian, yahudi, hindu mahupun Islam. Ketika pengajian ini, 1 per 1 ahli keluarganya ditarik nyawanya ke hadrat Illahi. Walaupun begitu, beliau tidak putus asa dan terus mengkaji dan mengkaji. Akhirnya, Allah telah memberi hidayah-Nya yang luas kepada hamba yg bergelar Ruben ini. Hati beliau tergerak untuk masuk agama yg suci lg murni iaitu Islam. Namun, beliau masih perlukan sedikit lg bukti untuk memeluk agama Islam.

Ketika 1 malam yg indah lg hening, beliau membaca Al-Quran bg mencari kebenaran. Tika itu, hatinya betul2 tergerak untuk menjadi muslim. Cuma sedikit bukti lg yg beliau harapkan untuk menolaknya masuk ke agama Islam. Bagaikan di hujung tebing, sedikit sahaja lagi. Dengan sedikit tolakan beliau ingin menyertai Islam. Oleh itu, pd mlm yg terpilih i2, selepas membaca Al-Quran, beliau membuka tingkap. Langsirnya diikat dengan kemas ketepi.Sebatang lilin diletakkan di hadapannya. Lalu beliau melihat keindahan malam.

Beliau berkata,"Ya Allah, this is my moment to jump into Islam. Just a little push from You. Like standing on the edge of the cliff and with a litlle push I will jump into Islam. All i need is a small sign from you. Maybe the fire from the candle blowing up just like in the movie, or the buildings collapse. Oh common, you created this. Ok now, Go...". But absolutely nothing happen.

"Ok, maybe you are busy handling the day and everything. But please give me just little sign. Oh Allah, You created this. You can do everything. This your chance . All I need is a sign. Maybe a bolt of lightning. Ok now, go...".

But absolutely nothing happened.
Beliau tak boleh kata mgkn i2 atau itu. tidak sebab sedikit pun tiada perubahan pada pemandangan pada malam i2. Beliau telah mula berputus asa. Beliau sedih. Seolah-olah harapan untuk masuk ke dalam agama Islam telah musnah, hancur berkecai. Kemudian, beliau mengambil kembali Al-Quran dan membuka helaian di mana beliau berhenti sebelum ini. Masya Allah... ayat yg seterusnya bermaksud lbh kurang begini... " bg sesiapa yg mencari tanda kekuasaan Allah, lihatlah matahari, bintang dan air, sesungguhnya di situ terdapat tanda kekuasaan Allah bg mereka.... hingga akir ayat.

Betapa berkuasanya Allah. Jikalau Allah ingin memberi hidayah, orang yang dahulunya ketua syaitan pun boleh masuk Islam. Sama-samalah kite mengambil iktibar dari kisah ini dan berdoa agar ditetapkan iman sepanjang perjalanan hidup ini. Segala kesalahan ana mohon keampunan dr Allah dan pembaca sekalian kerana penulis yg hina ini tidak akan terlepas dr melakukan kesalahan dan dosa.

Cerita ini ada dalam youtube..