Thursday, January 23, 2014

Tak Malu ke??..hehe..malu malu


Bismillahirrahmanirrahim...
2 tahun da berlalu..tanpa sebarang penulisan..alhamdulillah dapat kembali menulis dengan izin Allah..
Besar dah aku sekarang..(poyo gler)..huhu
Bila dah lama tak menulis ni..terasa pula nak luahkan apa yang kian terkubu dalam hatiku ini..
yang kian bersarang..buat kian lamanya..
tapi..apa yang bakal ku tulis sebentar lagi adalah ceritaku sendiri..baru je berlaku sebenarnya..selamat membaca..
Bacalah Dengan Nama Tuhan-Mu

Aku trauma..trauma dengan apa yang ku ucapkan sendiri..tak tahu macam mana..tapi perkara ni dah pun terjadi..
Aku dijemput untuk bagi sedikit 'talk' kat adik2 yang baru masuk..maklumlah..dah jadi senior..
Tajuk yang aku dapat..'ikhtilat' (percampuran/pergaulan lelaki dan perempuan)
Pergh!! aku pun tak baik sangat nak cakap pasal benda ni..tapi nak wat cane..
Bila orang dah minta..kesian pula nak tolak..
Nak jadikan cerita..
Keesokan malamnya..sehari lepas aku bagi 'talk'
Masa tu aku ngan sahabat aku, Frankestein (nama sebenar dirahsiakan..huhu..jgn marah ea tuan badan)
on the way balik asrama..aku selalunya naik wheelchair..Frankestein ni la yang tolak..lama2 rasa jugak macam Syeikh Ahmad Yasin..huhu
Tapi malam tu..saje2 la aku gagahkan diri..Frankestein naik wheelchair..aku tolak..
Macam budak terencat gak aku jalan malam tu..tapi sebab nak hargai pengorbanan sahabat aku selama ni..
Aku tolak la dia malam tu...nak tak nak..kalau kat Darul Qurban (bukan nama kampus sebenar) ni..
bila nak balik asrama..akan bertembung ngan mulimat/perempuan..
masa melintas antara celah2 permata berharga tu..segan giler kot..tak tau nak cakap camne..memang malu gler la..
Frankestein sampai tutup muka ngan rida' (mcm selendang lbh kurang) dia..aku jalan tunduk je..
tak berani nak angkat muka..
Tiba2 terserempak ngan sorang muslimat ni..
Aku tak tau knape dan mengapa..lepas kitorang lintas depan dia..dia bersuara..
"sape yang sakit sebenarnya??"
Masa tu..tersentak jiwa nurani aku ngan Frankestein..
Nak kata muslimat tu cantik..cantik gak la..ada muka la..ye la..sape yang takde muka en..huhu
Tapi yang peliknya..macam mana dia boleh tegur kitorang..
Kitorang yang lelaki ni punya la malu ngan diorang..tapi tiba2 muslimat ni..
Muslimat yang dikatakan seorang yang pemalu..boleh tegur kitorang..
Aku bengong..ke aku bangang??
Nampak macam 'sporting'..tapi bagi aku tu bukan 'sporting'..tu tak tau malu..
...adoi..malas plak nak sambung tulis..len kali la..hihi...


Sunday, April 17, 2011

Hebatnya Seorang Sahabat...

Hermm...lama x menulis. Duk ngumpul idea berminggu-minggu. Alhamdulillah, akhirnya Allah bukak pintu rahmat-Nya untuk memberi kesempatan dan idea untuk ana menulis.

Ehrm..ehrmm...kali ni, ana ingin kongsikan satu kisah sahabat yang bukan untuk digelak, tapi untuk diambil pengajaran.

Zaman dulu kala, ada seorang insan yang diberi nama Rashid r.a. yang merupakan salah seorang sahabat penghulu kita, saiduna Muhammad alahis solatu wassalam. Rashid r.a. merupakan seorang yang amat hitam mukanya, buruk hinggakan x terkata. Nak cerita betapa buruknya dan hitamnya muka Rashid r.a. ni, sampaikan dia meminang 10 kali, tapi kesepuluh-sepuluh ditolak. Al-'iyazubillahi min zalik.. Kita zaman skrg kalau kena reject 2 kali pun org dah kecoh sekampung. Kadang x yah sampai dua kali, sekali pun dah cukup untuk membisingkan mulut org kampung dan memalukan diri kita. Tapi, sahabat Rasulullah s.a.w., Rashid r.a. ni, bukan setakat satu atau dua kali ditolak, tapi sepuluh. Perghh...kalau kita lah macam ni, ntah2 dah kluar surat khabar dah pun.." Si Fulan atau Fulanah membunuh diri dengan menoreh menyiat kulitnya dengan pisau cukur kerana pinangannya ditolak 10 kali ". Tapi, Si Rashid r.a. masih lagi bersabar dan terus berusaha. Tiba2 satu hari, dalam perjalannya ingin menemui seorang sahabat, terlihat akan Si Rashid r.a. ini seorang wanita yang amat cantik. Sinaran matanya sahaja sudah cukup untuk menawan hati Rashid r.a.( berpurdah perempuan ni). Wanita tersebut berlari-lari dari pokok ke pokok bagaikan filem hindustan. Lari sana..lari sini. 

Terdetik dalam hati Rashid r.a..." dia ni barangkali ingin mengajakku bertemu ayah dan ibunya".

Bila Rashid r.a. mendekati wanita tersebut, wanita tersebut berjalan sedikit demi sedikit. Rashid r.a. terus mengekoti wanita tersebut. Apabila tiba di rumah wanita tersebut, wanita tersebut memanggil seseorang. Barangkali ibu dan ayahnya..tapi...yang keluar merupakan seorang anak kecil.

Getus hati Rashid r.a." Janda pun janda lah".

Lantas wanita itu berkata pada anaknya," Haa, kalau engkau kencing malam lagi, mak biar hantu ni makan engkau".

Merah padam muka Rashid r.a. Malu...Malu sesangat. Bukan lelaki yang kata macam tu, tapi seorang wanita.        Depan seorang budak pulak tu. Kalau kita la macam mana rasanya. Mungkin terus lompat masuk kawah gunung berapi agaknya. Walaubagaimanapun, Rashid r.a. tetap bersabar. Malah, beliau telah menyumbang besar kepada tamadun Islam kerana telah menjadi salah satu rantai yang menghubungkan kita dengan Rasulullah s.a.w. Kita lihat, betapa tingginya kesabaran para sahabat r.a. Rashid r.a. juga x macam kita. Kita ni, bila Allah dah bagi sesuatu, payah betul nak bersyukur. X salah kalau nak menjadi cantik tapi biarlah kena ngan syariat. Ni, bila muka hodoh, gi buat botox. Bila rambut dah hitam gi warna. Rambut buruk pakai rambut palsu. Rambut kerinting pun x nak bersyukur. Gi duk salahkan Allah pulak kenapa cipta rambut dia kerinting.X habis2 kita ni. Bersabar dan bersyukurlah dengan ketentuan Allah kerana segala sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya.~sekian~

p/s: nota ini telah diubah suai setelah ditegur oleh sahabat2 yang berhati mulia. Terima kasih yang x terhingga saya ucapkan. Semoga redha Allah menjadi balasannya. Amin..

Tuesday, March 22, 2011

Pasti ada Hikmahnya...

Hish..result dah kluar. Cuma x sampai je skolah lg. Tapi sblum saya pergi skolah ni, saya nak ceritakan kat semua ttg satu ksh. Sronok ksh ni.....

Zaman dulu2, ada seorg hamba Allah yg beribadah di atas sebuah bukit. Kebetulan kat bukit tu ada satu mata air yg boleh diminum. Tiba2, dtg seorg penunggang kuda. Dia membawa skali bersamanya 1000 wang dinar emas dalam kantungnya. Bila dia tiba di mata air tersebut, dia berhenti untuk menghilangkan dahaga yang kian melemahkan dirinya. Tgh2 minum, lupalah akan dia kepada duitnya tadi. Dia berlalu pergi dengan meninggalkan kantungnya. Tak lama kemudian, tiba pula seorang jejaka lain yg entah dari mana. Seraya dia melihat akan kantung yang penuh dgn emas... pandang kanan, pandang kiri..atas..bawah..blakg..dan depan..." hah, x de org, rezeki ak ni ". habis lesap emas itu dikebasnya. Melompat-lompat dia lari sronok. Mana x nya, dapat seribu dinar emas. Bila jejaka tadi berlalu pergi...datang pula seorang miskin yg lemah lagi sakai. Oleh sebab kepenatannya mengembara, dia berhenti untuk minum air di mata air tersebut. Selepas minum air, dia tertidur dek kerana terlalu penat. Dalam masa yg sama, penunggang kuda yg awal2 td teringat kembali akan kantung yg ditinggalkan akan dia. Kembalilah semula si penunggang kuda ke bukit yg ada mata air tadi. Bila tiba di sana, dia berpusing-pusing mencari kantunggnya tetapi dia beroleh kecewa. " Aduh..mana ni. Baru kejap ak tinggal dah hilang. Kalau ak tau sapa amik ni, mmg ak blasah ckp2". Tiba2, dia ternampak si miskin sedang tidur di sebelah mata air tersebut. Lantas dgn perasaan menyirap, dia dtg kpd si miskin tadi. " Woi!! ko amik duit ak kan?? " Terkejut si miskin tadi. " Hah?? Apa?? Duit?? Mana?? Ak nak jgk.." Bertambah marahlah si penunggang kuda tersebut. " Ko buat loya buruk ngan ak ya. Ak tanya ko, ko curi duit ak kan??" " Ko sorang je yg ada kat sini. Mestilah ko amik. Pulangkan balik duit ak" Naik pelik si miskin tadi. Dahla tengah syok tidur ada org kejut. Lps tu kena tuduh pulak curi duit. " Bang... lek dulu. Saya mana ada amik duit abg. Masa saya datng tadi saya x nampak duit pun. Kalau saya nampak, dah lama saya bawak lari. X denya saya nak rilek2 tidur kat sini" " Kurang asam!!" " Bedebushh" satu penumbuk melekat kat pipi si miskin tadi. Teruk jugak dia dibelasah oleh penunggang kuda tadi. Akhirnya, penunggang kuda tersebut membunuh si miskin tadi....

Huh?? Apa jadi lps tu?? Hamba Allah yg beribadah kat atas bukit tadi melihat semua kejadian itu lantas dia berkata pada Allah.." Ya Allah, enkau tau sapa yg salah, sapa yg betul. Tapi kenapa engkau biarkan perkara ni berlaku??" Allah menjawab, " engkau buat kerja kau, kerja aku engkau x payah tahu" Kemudian, Allah membongkarkan semua hikmah di sebalik kejadian tersebut. Rupa2nya, si miskin tu dulu, dia telah membunuh aya si penunngang kuda. Oleh itu, Allah membiarkan balik perbuatannya di balas oleh penungang kuda tersebut. Harta tu pulak, bkn milik si penunggang kuda. Itu adalah hasil curi ayah si penunggang kuda daripada ayah si pengambil harta. Oleh itu, Allah kembalikan semula harta pusaka yg 1000 dinar emas itu kepada pemiliknya...

Haa...setiap yg berlaku ada hikmahnya. Kita kena sabar dgn apa yg berlaku. Hakikat sabar ialah kita yakin bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya dan bukan memendam buta dalam hati semata-mata. Oleh itu, buat pembaca2 skalian, jgnlah kita merungut pada Allah dgn segala apa yg berlaku pada diri kita dan org lain. Yg amik keputusan SPM, redhalah dengan ketentuannya. Walaupun saya bukanlah sehebat mana, saya cuma menjalankan amanah yang diberi-Nya...wassalam.

Saturday, March 19, 2011

Lawanlah seperti Singa..

Assalamualaikum semua..( jwb jgn x jwb)..

Baru2 ni, ada kluar dlm surat khabar utusan satu artikel yg bertajuk.." Islam mengajarkan melawan nafsu". Bagus artikel ni. Maknanya sudah ada yg sedar betapa meruncingnya masalah akhlak pada zaman kini. Lagi2 remaja mcm saya ni. Remaja sekarang ni dah x de rasa malu dah. Zina tu macam men kawin2 zaman budak2 dulu. Macam dah jadi anjing ngan anjing. Jumpa2.." Ghhrr.." Lps tu, " Whoaa2" " Ngiekk.."...lps tu  " assalamualaikum", dua2 bla mcm x de pape. Masalah camni la yg menyebabkan Acheh dilanda Tsunami. Tsunami tu bkn tsunami biasa, tapi merupakan bala dari Allah. Mungkin kisah ni dah lama tapi saya rasa masih ramai lg yg x dengar kisah ni daripada SAYA. Malam sblum tu, pihak tentera anjurkan satu parti merah(red party) tepi pantai. Dengan laki pompuan selamba bogel2. Tiba2, dtg seorg tua berjubah, bertemu dengan seorang tentera..." Cepat suruh mereka berhenti, kalay x Allah turunkan bala' "..." Woi org tua, baik ko bla kalau x ak tembak". Lepas tu, org tua ni beralih kpd org lain dan sekali lagi menarahkan supaya majlis itu diberhentikan...tapi tidak dilayan. Tidak lama kemudian, org tua tersebut lenyap entah ke mana. Esok harinya, Tsunami melanda. Setinggi pokok klapa. Nak tunjukkan ni merupakan bala dari Allah, bkn tsunami biasa2, habis hancur barrack tentera yg kukuh. Terus lenyap jadi sama rata mcm tanah. Sedangkan sebuah tempat pengajian quran yg dibuat dari zinc, yg dekat ngan pantai sempoi je. Mcm x de pape yg berlaku. Punya hebat x hebat kuasa Allah. Semua ni sbb manusia yg sudah tidak taat lagi kpd Allah, tapi taat kpd nafsu. Alhamdulillah, kluar artikel kat utusan pasal lawan nafsu ni. Tapi... bila alih muka surat sebelah, muka surat 25, terpampang gambar artis, Masalahnya, peha dia putih skali. Seolah-olah, dia mcm nak kata.." Meh sini usya gambar ni..tgk boleh x ko nak lawan nafsu".. aduih..pelik2. Ni baru muka surat 25, blum muka surat 26. X yah citer la macam mana. Inilah masalah besar umat skrg. Mgkn inilah usaha kecik saya utk menyedarkan mereka yg x seberapa ramai...Smoga kita sentiasa terpelihara dalam rahmat Allah.. Wallahu A'lam..

Friday, March 18, 2011

Slamat Ari Jadi...

Huhu.. Sronok jgk sambut birthday sorg2 ni. X yah bazir duit. Org slalu belanja besar bila tiba birthday dia tapi...bila tiba birthday ??? satu sen pun dia x nak kluarkan. Bkn tu je, ada gak yg x prasan birthday???. Mesti korg tertanya-tanya kan sape ??? sebenarnya. Dialah penghulu kita, saiduna Muhammad ibni Abdullah 'alahis solatu wassalam.


 Kita slalu sibuk ngan birthday kita dan org yg kita cinta. Tapi kita lupa birthday baginda. Saya suka btul ngan tarikh birtday saya ni.. 14 Rabiul Akhir. Walaupun x sama hari, saya terasa dekat ngan Rasulullah. Jaraknya sebulan 2 hari je. Masa kecik2 dulu, time hingus saya masih meleleh. Saya slalu merungut bila tiba hari Birthday Rasulullah s.a.w. Asal nak tgk dragonball, kluar org berarak bwk spanduk. Benci betul. Tentu ramai pembaca yg sedang baca ni sama macam saya. Klu x dragonball, sailor moon. Tapi skrg baru saya sedar. Dah tua2 krepot camni baru saya sedar. Betapa istimewanya hari tersebut. Hatta, Allah sendiri sambut birthday kekasih-Nya. Haa!! terkejut ke?? Abis tu, api yg disembah Majusi terpadam tu apa?? Mekah bercahaya plak knape?? Bkn ke Allah sambut tu. Abu Lahab yg men jahat ngan Rasulullah s.a.w. pun sambut birthday baginda. Inikan kita yg islam ni. Men kedekut lg nak berselawat bila tiba birthday baginda. Allah x kannya suka2 nak cipta alam semesta ni kalau bkn sebab nak lahirkan baginda. Kita x kan lahir kat dunia ni kalau Allah x nak cipta insan yg namanya Muhammad. X kan adanya Lailatul Qadr kalau x de insan yg bernama Muhammad. X ke semua ni cukup utk membuktikan betapa istimewanya birthday baginda Muhammad s.a.w.?? Knape kita masih x bersyukur lagi?? Knape kita masih kedekut nak berselawat bila tiba hari kelahiran baginda?? Mungkin cerita ni agak terlewat diterbitkan tapi kita masih bergelar umat Muhammad. X kan berlalu sehari melainkan Rasulullah risau akan kita. Oleh tu, kita pun tiap2 hari kena semaikan cinta terhadap baginda. Siapalah saya utk berkata ttg cinta kpd Allah dan Rasul-Nya kerana saya masih terkapai-kapai di waktu malam yg gelap gelita. Ini hanyalah peringatan utk diri saya dan juga utk mereka yg sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya...sekian

Sunday, March 13, 2011

Facebook

Adakah muka saya ni ada muka baca buku???
Mana ada muka baca buku, muka buku adalah...(facebook)huhu~
Masa muda2 dulu, saya slalu pikir yg mereka2 yang berfacebook ni teruk. Sangat bersosial. Tapi... bila saya semakin meningkat dewasa, teringin jugak nak ada facebook. Kononnnya saya nak dakwah orgla. Dengan niat yang sebegitu, saya membuat account facebok. Hari demi hari berlalu. Saya cuba untuk menggunakan facebook ni sebagai medan dakwah (mcm jadi je). Saya post itu, post ini. Tapi... bila dah tua ni, saya tersedar satu perkara. Facebook telah menewaskan saya. Saya x lg guna facebook untuk berdakwah, tapi untuk seronok2. Gambar nampakla baik tapi...ish3 hina betul saya ni. Mungkin juga ada antara pembaca(mcmla ade org nak baca) yg sama seperti saya. Dengan niat yg sangat mulia, kita membuat account facebook. Tapi akhirnya kecundang jua. Kita lupakan Allah bila berfacebook. Solat jemaah kita tinggalkan hanya untuk berchatting dalam facebook. Kita rasa  x keruan bila x bukak facebook. Sedangkan selama ni, kita x pernah rasa apa2 bila x bukak Al-Quran...Saya x nak pembaca jadi seperti saya. Sedarlah....

Friday, March 4, 2011

Hebat Sangat Ke Dia Tu???

Hebat ke dia tu kawan-kawan??

BUDAK 1: Eh.. sape kata tak hebat, mestilah hebat. Mana tak nyer, dia berenang rentas selat melaka. Ak nanti pun nak jadi cam dia la. Bukan stakat berenang je, ak nak menyelam skali.

BUDAK 2: Mana ade hebat, stakat berenang selat melaka, arwah nenek ak pun bleh la. Org ni lg la. Dia tari kapal terbang. Besar nanti, ak nak tarik 10 kapal terbang. Biar lg hebat dari dia.

BUDAK 3: Tarik kapal terbang?? Tu ko kata hebat?? Alah, org yg ak minat ni lg hebat la. Dia sorg bleh lawan 1000 org. Bek jd cam dia. Barula org kata hebat.

Wuish.. hebat2 jgk manusia kat dunia ni. Semua org nak jd hebat cam diorg. Terjun gunungla, daki gunung, terbang cam superman la.. mcm2 la org hebat kat dunia nih. Tapi... hebat sangat ke diorg tu sampai kita nak ikut. Ni hah, cek nak habak skit. Manusia yg paling hebat skali. Kalau dia x de, x de nya dunia semua ni. Kalau x de dia, x de manusia. X de nya Allah nak buat manusia ni kalau bkn sbb nak wujudkan dia ni. Hebat..hebat. Kalau org kata rentas selat melaka hebat, dia lg hebat. Bukan setakat selat melaka, 7 petala langit dia redah. Kalau org kata tari kapal terbang tu cukup kuat cukup hebat. Dia ni x men kapal terbang kat bumi ni, dia ni men bulan tu ha. Selamba je dia belah bulan. Lagi kuat. Sape dia ni sebenarnya. Dialah manusia yg kita patut ikut, patut contohi, patut sanjungi, hormati dan segala2nya yg sewaktu dengan dia. DIALAH.. saiduna, habibuna, syafi'una Muhammad ibni Abdullah 'alahis solatu wassalam.

Kita sekarg ni bnyk fikirkan org len, tapi Rasulullah dulu asyik2 dok pikir pasal kita. Menangis baginda rindukan kita. Baginda ridukan kita sebenarnya. Kita yg byk wat maksiat ni baginda rindu, sayang. Kita yg hina Rasulullah, kutuk baginda, lupakan baginda, tinggalkan sunnah bagindqa ni yg Rasulullah rindu. Tak terharu ke kita. Tak sayang ke kita kat baginda??? Tak rindu ke kita??? Tak cinta ke kita???...