Sunday, October 31, 2010

Lari!!!!

Ehm..ehm.. alhamdulillah, dpt sekali lg ana menulis nih. Ni ade sikit citer ni. Pada suatu hari ni, ketika solah jumaat, 1000 org islam dikejutkan dgn kedatangan 2 org. Kedua-duanya pakai baju serba hitam, bertopeng dan bwk sub machinegun. Jd, sorang ni kata," sape2 kat sini yang berani untuk mati kerana Allah, duduk di mane anda berada. Dlm sekelip mata, semua org bertempiaran, menjerit lari selamatkan diri. Ye lah, sape tak tkt kena tmbk. Walaubagaimanapun, tggl lbh krg 20 org yg msh stay confident kat dlm masjid. Lps tu, org yg cakap td, berkata,"Ya Maulana, saya dah halau semua org2 hipokrit ni, sila teruskan". Lps 2, diorang tu pun blah... haa, tgk 2. Dlm 1000 org hanya 20 je yg btul2 mukmin. Rase2nye, klu kita ade kat situ, macam mane ye??

Friday, October 29, 2010

Tetamu

Haa, ada ape ngan tetamu?? Satu kisah ingin saya jongsikan bersama pembaca sekalian. Pada satu mlm ni saya bersama shbt saya berjalan2 di sunway. bila kami naik bas, kami bertemu ngan orang kulit hitam. Tgk2 dia ckp arab. Jd shbt ana ni yg br blk dr Syria ni tegur lah mereka. Masya-Allah, mereka ni baik betul. Kami baru 17 tp orang arab tu 20>. Sorang je 19. Bersembang ngan diorang mcm dah lame kenal. Kwn saya tu ckp arab la tp saya ckp BI je. Rupa2 nye, org arab ni suka dtg Malaysia sbb die suka ngan orang Malaysia yg datang kat negara diorang. Tp bila diorang sampai sini, lain pulak jdnya. Diorang x ramai kawan. Tp, klu org Malaysia dtg arab, terutamanya mekah ngan madinah, diorang mmg gembira. Diorang lyn btul2. Macam tetamu yg sebenar. Tp kite???

Thursday, October 7, 2010

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan terhadap hamba-Nya yang lemah ini untuk menyambung tinta komputer ni. Kali ini ingin saya kongsikan sebuah cerita yang saya dengar dari seorang sahabat. Ceritanya macam ni. Pada zaman dahulu kala,(x de la dulu sangat) terdapat sebuah keluarga yang aman lagi bahagia. Keluarga x de mak cuma ayah je. Tiba2 ayah die mati. Tinggallah anak-anak sahaja. Yang peliknya, anak-anak die ni ada 2 golongan. Pertama, abang2 yang kaya dan kedua adik2 yang miskin. Nak buat macam mana, sebab abang2 ni kaya, jadi abang2 nilah yang memimpin adik2 die ni. Nak dijadikan cerita, satu hari keluarga ni pergi berkelah kat pantai. Tiba2, datang seorang pendatang asing ni, rogol adik perempuan diorang ni. Jadi, si adik2 ni pergila lapor kat abang mereka yang kaya tu. Apa yang peliknya ialah abang2 ni sempat bermesyuarat dulu sedangkan adik perempuan mereka tengah kena rogol. Lepas tu, adik2 yang kecik ni paksa abang2 diorang tapi nak buat macam mane, diorang tu kecik lagi, abang2 die buat x tau je. Tak lama kemudian, seorang adik lelaki hanyut kat laut. Memang masa tu dah nak lemas dah. Sekali lagi adik2 ni datang mengadu dan mintak tolong kat abang2 diorang tapi abang diorang ni mesuarat kan benda tu lagi. Mereka sempat bermesyuarat sedangkan 2 adik diorang dalam kesusahan. Sebabkan adik2 yang lain ni miskin dan masih mentah lagi, diorang hanya buat banner dan mintak tolong orang lain la. Sebab abang2 diorang yang kaya tu dah x boleh dipercayai dah.... Kesimpulannya, Ayah keluarga ini adalah seorang KHALIFAH. Abang2 yang kaya 2 ialah negara Islam yang kaya raya dan adik2 tu ialah kita semua. Adik yang dirogol merujuk kepada perempuan di palestin dan adik yang hanyut ialah orang2 di Iraq. Jadi, sama2lah kita fikirkan sejauh mana yang kita telah lakukan untuk menolong saudara seislam kita. Adakah setakat membuat banner sahaja??? Fikir2kanlah ye.. Sehingga bertemu lagi..

Saturday, October 2, 2010

Tersalah Langkah

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, dapat juga hamba Allah ini menulis sekali lagi dengan izin-Nya. Selalu kita dengar, orang kata,"kita ni manusia, tak terlepas dari kesilapan". Ya, mmg betul kita ini adalah manusia. Dan kita tidak akan terlepas dari kesalahan. Namun ayat2 indah ini sering manusia gunakan sebagai excuse bila dia buat kesalahan. Boleh terima ke alasan macam ni? Memang manusia akan buat silap tetapi bile seseorang itu berkata sedemikian seolah-olah dia tak salah. Seolah-olah dia menyalahkan robb yang menciptanya. Tidakkah begitu? Fikir2kanlah wahai umat islam sekalian. Seharusnya kita sellepas melakukan kesilapan kita bertaubat kerana Allah itu Maha Pengampun. Allah lebih mengasihani hamba-Nya daripada kasih ibu terhadap anaknya. Masya-Allah, sungguh besar rahmat Allah. Janganlah kita bersedih hati bila buat salah tapi jadikanlah ia pengalaman yang mengajar kita untuk mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Harapnya tinta tulisan komputer ini dapat memberi pengajaran untuk kita semua. Sehingga bertemu lagi...