Sunday, April 17, 2011

Hebatnya Seorang Sahabat...

Hermm...lama x menulis. Duk ngumpul idea berminggu-minggu. Alhamdulillah, akhirnya Allah bukak pintu rahmat-Nya untuk memberi kesempatan dan idea untuk ana menulis.

Ehrm..ehrmm...kali ni, ana ingin kongsikan satu kisah sahabat yang bukan untuk digelak, tapi untuk diambil pengajaran.

Zaman dulu kala, ada seorang insan yang diberi nama Rashid r.a. yang merupakan salah seorang sahabat penghulu kita, saiduna Muhammad alahis solatu wassalam. Rashid r.a. merupakan seorang yang amat hitam mukanya, buruk hinggakan x terkata. Nak cerita betapa buruknya dan hitamnya muka Rashid r.a. ni, sampaikan dia meminang 10 kali, tapi kesepuluh-sepuluh ditolak. Al-'iyazubillahi min zalik.. Kita zaman skrg kalau kena reject 2 kali pun org dah kecoh sekampung. Kadang x yah sampai dua kali, sekali pun dah cukup untuk membisingkan mulut org kampung dan memalukan diri kita. Tapi, sahabat Rasulullah s.a.w., Rashid r.a. ni, bukan setakat satu atau dua kali ditolak, tapi sepuluh. Perghh...kalau kita lah macam ni, ntah2 dah kluar surat khabar dah pun.." Si Fulan atau Fulanah membunuh diri dengan menoreh menyiat kulitnya dengan pisau cukur kerana pinangannya ditolak 10 kali ". Tapi, Si Rashid r.a. masih lagi bersabar dan terus berusaha. Tiba2 satu hari, dalam perjalannya ingin menemui seorang sahabat, terlihat akan Si Rashid r.a. ini seorang wanita yang amat cantik. Sinaran matanya sahaja sudah cukup untuk menawan hati Rashid r.a.( berpurdah perempuan ni). Wanita tersebut berlari-lari dari pokok ke pokok bagaikan filem hindustan. Lari sana..lari sini. 

Terdetik dalam hati Rashid r.a..." dia ni barangkali ingin mengajakku bertemu ayah dan ibunya".

Bila Rashid r.a. mendekati wanita tersebut, wanita tersebut berjalan sedikit demi sedikit. Rashid r.a. terus mengekoti wanita tersebut. Apabila tiba di rumah wanita tersebut, wanita tersebut memanggil seseorang. Barangkali ibu dan ayahnya..tapi...yang keluar merupakan seorang anak kecil.

Getus hati Rashid r.a." Janda pun janda lah".

Lantas wanita itu berkata pada anaknya," Haa, kalau engkau kencing malam lagi, mak biar hantu ni makan engkau".

Merah padam muka Rashid r.a. Malu...Malu sesangat. Bukan lelaki yang kata macam tu, tapi seorang wanita.        Depan seorang budak pulak tu. Kalau kita la macam mana rasanya. Mungkin terus lompat masuk kawah gunung berapi agaknya. Walaubagaimanapun, Rashid r.a. tetap bersabar. Malah, beliau telah menyumbang besar kepada tamadun Islam kerana telah menjadi salah satu rantai yang menghubungkan kita dengan Rasulullah s.a.w. Kita lihat, betapa tingginya kesabaran para sahabat r.a. Rashid r.a. juga x macam kita. Kita ni, bila Allah dah bagi sesuatu, payah betul nak bersyukur. X salah kalau nak menjadi cantik tapi biarlah kena ngan syariat. Ni, bila muka hodoh, gi buat botox. Bila rambut dah hitam gi warna. Rambut buruk pakai rambut palsu. Rambut kerinting pun x nak bersyukur. Gi duk salahkan Allah pulak kenapa cipta rambut dia kerinting.X habis2 kita ni. Bersabar dan bersyukurlah dengan ketentuan Allah kerana segala sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya.~sekian~

p/s: nota ini telah diubah suai setelah ditegur oleh sahabat2 yang berhati mulia. Terima kasih yang x terhingga saya ucapkan. Semoga redha Allah menjadi balasannya. Amin..