Saturday, January 29, 2011

Berkilat Tak???

Dah lama jugak tak menaip kat blog ni. Alhamdulillah, akhirnya terbukak jugak hati dan fikiran hamba yang lemah ini untuk menaip sekali lagi. Ana tulis ni pun untuk cerita sesuatu. Cerita ni..... bacalah ye...

Baru2 ni, ana ada jalan2 kat KL. Woish.. besar bagak jugak KL ni. Maklumlah, asyik duduk kat Melaka je. Tengah jalan2 nampak sorang mamat 'macho' ni. Gaya dia, fuhh, kalah Elvis Presley. Dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki... semua berkilat, shing shing. Ana pun jalan sebelah dia. Woiii, wangi betul bau dia. Semua minah2 skali ngan mak nyah tak henti2 usha dia. Ana yang jalan sebelah dia ni cuak jugak. Ntah2 minah2 tu usha ana bukannya mamat 'macho' tu. Akhirnya, sampailah kitorg kat jalan raya. Tengah tunggu2 nak lintas, banyak giler ana tengok2 la kejap dunia Kl ni. Ramai btul manusia kat sana. Banyak jugak kereta, lori, motor. Slamat x de kapal terbang kat jalan raya. Sakit jugak hidung ana asyik2 sedut asap2 ekzos ni. Tiba2 ada sorg mat rempit ni langgar lecak kat depan kitorg. Habis, kasut mamat macho sebelah ana ni dah x shing shing(berkilat). Tapi lantak dia la. Kasut dia, bukan kasut ak. Tengah2 ana pandang dunia Kl ni, ana terdengar mamat 'macho' tu kata," Aduh ni kena kilatkan ni". Bila ana toleh sebelah je, tengok dia tengah tanggal kasut. Tuihh, dia ludah kat kasut dia. Ishh, geli jugak tengok. Lepas tu, dia letak kasut dia kat pipi dia dan dia pun gosok. Gosok jgn x gosok, gosok sampai berkilat. Bila ana tengok dia wat camtu, datang satu getusan dalan hati ana. " Apa ke bodoh mamat ni, ada tangan tapi guna pipi". Ana rasa klu org lain pun mesti fikir benda yg sama. Ntah2 yg baca citer nn pun sama. Alhamdulillah ana x de adik pompuan. X delah ana dapat adik ipar mcm mamat ni. Lepas dia gosok kasut dia, dia tunjuk kat ana kasut dia. " Eh, berkilat x???"

Hahaha, mmg bodoh klu org wat camtu. Tapi mcm tu lah org islam sekarang kebanyakannya. Buat ibadah untuk dunia. Blajar agama tinggi2 dgn tujuan tuk dapat duit. Wat ibadah sebab nak riya'. Kita akan dapat apa kita nak. Sama lah macam mamat 'macho' tadi. Kasut dia berkilat tapi tu lah perbuatan yg amat bodoh sejuta kali.

Saturday, January 15, 2011

Istimewa Seorang Anak 2


(istimewa jugak anak ni ya)

Humaira' menundukkan pandangannya. Setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi lantai kerna mengenang kembali zaman lampaunya. Dia memegang erat tangan suaminya. Diambilnya lalu diletakkan di atas pehanya.

" Sebenarnya, Humaira' hampir menggugurkan Ajmal dulu" "Humaira' x tau macam mana Humaira' boleh mengandung" "Humaira' x pernah buat kerja kotor tu tapi..." " Humaira' takut nak jelaskan kat ayah sbb ayah Humaira' dah lama benci kat Humaira' sbb Humaira' malukan dia dengan pakai tudung labuh" " Jadi, ayah mesti marah kalau Humaira' bgtau yang Humaira' mengandung" " Jadi...."

" Humaira' sila masuk", panggil jururawat.

Humaira' melangkah perlahan. Hatinya rasa bersalah pada setiap langkahnya. Dia tahu perkara ni salah dan berdosa tp dia sudah buntu.... untuk mencari jalan keluar..

" Ya Humaira' silakan duduk", sapa seorang doktor sambil terselit senyuman di bibirnya.

" Sakit apa  ni?" tanya doktor muslimah tersebut.

" Sebenarnya saya x sakit tp.... saya mengandung." " Boleh doktor tolong saya." " Saya x tau apa nak buat lagi" " Anak ni pun entah datang dari mana saya pun x tau. "Saya x pernah sentuh lelaki pun kecuali ahli keluarga saya." " Sedar2 je saya mengandung." " Saya takut doktor." " Kalau ayah saya tahu tentang ni mesti dia mengamuk." " Tolong saya doktor." " Tolong saya gugurkan anak ni."

Doktor tersebut hanya tersenyum mendengar kata2 Humaira'. Humaira' pelik..???... Doktor itu tidak sedikit pun memarahinya sebaliknya memberikannya senyuman yang manis..???

" Humaira', akak ada cerita skit untuk Humaira'. Humaira' nak dengar?"

"Macam ni lah. Dulu akak x macam ni. Pakai tudung labuh, jubah, stokin.... Akak dulu hampir murtad tau. Alhamdulillah Allah syangkan diri akak. Allah bukak balik pintu hati akak ni untuk terima Islam. Dulu akak benci sangat ngan Islam. Itu x boleh, ini x boleh. Jadi apa je yang boleh?? Akak dulu x suka pakai macam skrg ni. Akak lg suka tayangkan rambut akak. Pakai baju seksi2. Barulah orang pandang, ikut peredaran zaman. Cakap pasal solat?? Lagilah teruk. Macam x pernah buat je. Hidup akak mmg macam tu dulu. Akak x pernah dapat didikan agama. Anak akak pun akak x ajar pasal agama. Nama Allah pun akak x pernah sebut kat diorang. Jadi, sebab dah bosan dengan Islam yang 'mengonkong' sangat tu, akak decide nak tukar kristian. Akak nak murtad. Suami akak pun sama je perangai cam akak cuma dia x nak murtad je. Dia kata daripada murtad baik duduk je dalam Islam tapi x yah lah ikut apa Islam suruh. Bila jiran akak tau pasal akak nak murtad, kecoh diorang. Setiap kali akak jalan diorang pandang semacam je.Tapi akak buat x tau je lah sbb ni hidup akak. Akak la yang tentukan. Akak dah plan nak tinggalkan suami ngan anak2 akak. Diorang tu menyemak je. Klu diorang x de. bleh la akak berfoya-foya kat luar. Akak ada jugak plan nak gi luar negara lepas murtad. Tapi yang peliknya.... anak akak yang sulung. Nama dia Areef. Akak xpernah ajar dia pasal agama ni. Sikit pun akak x ajar. Yang akak buat hanya masak, kemas rumah, basuh baju, pergi kerja. Tapi anak akak ni selalu tegur akak. Setiap kali masuk waktu solat dia tanya akak dah solat belum. Senyum je muka dia akak tengok. Tp akak apa kisah masa tu. Lantak aku lah nak solat x nak. Akak pun x marah dia sbb dia tegur lembut sangat. Asal akak nak keluar rumah dia cakap pasal tudung. Akak pun x tau knape. Akak dengar je lah dia cakap tapi x buat pun. Tapi dia x pernah berhenti cakap benda tu. Tiap2 hari benda yang sama je dia ulang. Sampailah satu hari akak nak keluar pergi gereja sbb nak pergi dibaptiskan. Pagi tu dia cakap... " Mak, mak mesti cantik kan kalau pakai tudung".. Lepas hantar dia pergi sekolah, perkataan tu terus bermain di fikiran akak. Akak berhenti depan gereja tp akak x kluar. Akak ingat balik semua teguran dia kat akak. Muka dia waktu tegur tu. Semua tu bermain dalam fikiran akak. Tiba2 satu persoalan timbul dalam kpala akak. Macam mana anak aku ni boleh jadi macam ni sedangkan ak x ajar dia pasal Islam walau sezarah pun. Akak pun terfikir. Anak akak ni mesti satu hadiah dari Allah untuk akak. Walaupun akak x didik dia, x sayang dia macam mak2 lain syang anak dia... Dia ttp sayang akak. Jd, akak fikir, akak nak bertaubat. Terus x jadi murtad. Akak pergi pejabat agama dan mengucap balik. Cuba tengok. Sebenarnya anak ni amanah dan anugerah dari Allah. Alhamdulillah, bukan akak sorang je yang anak akak tarbiyyah, malah suami akak ngan anak2 akak yg lain semua dia tarbiyyah. Adik2 dia yg lain semua ikut dia. Jadi Humaira', x kan lah Humaira' nak buang anak Humaira' ni. Jaga anak tu baik2. Mesti ada hikmah di sebalik ciptaan Allah."

Syafiq mengangkat wajah Humaira'. Ditenungnya dalam2. Dia tersenyum. Bangga memiliki seorang 'zaujah' yang istimewa....

p/s: banyak pengajaran dari cerita ni. Cerita pasal Areef tu ana adaptasi dari kisah benar. Klu ada lah wanita2 yang nak buang anak terbaca cerita ni... jgnlah buang ya. Jaga anak tu baik2. Ana teringat juga ayat sahabat ana.." tegakkanlah daulah di rumahmu nescaya kelak akan tertegak di negerimu"


Tamat

Friday, January 14, 2011

Istimewa Seorang Anak

"Bang, bang, belikan saya tu", sambil menunjukkan ke arak sebalang gula-gula.

"Ermm, kesian budak ni, comel pulak tu", getus kecil hati Syafiq.

"Adik nak yang ni ke?"" Tak pe, abang belikan."

"Time kasih".

Budak itu terus berlari keluar.

"Jap dik"."Sape nama??"

"Ajmal".



Ajmal terus berlari ke arah seorang wanita di pasar. Ditariknya tangan wanita tersebut lantas menunding ke arah Syafiq.

" Hah?? Humaira'" " Bila masa pulak dia kawin??" " Adik dia kot" bisik hati Syafiq.

Sudah 4 tahun Syafiq di Syria. Melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa arab. Terdengar juga dia berita tentang Safura yang telah berkahwin. Tapi dia langsung x kecewa sebab dia tahu bahawa ada yang lebih baik untuknya di luar sana. Hatinya tenag di Syria. Tempatnya tenang. Lagipun senang nak bertalaqqi dengan syeikh2 syria....

Keesokan harinya...

(Kata2 ni dalam bahasa arab tp ana translate)
"Woi! Jauh skit" " Perempuan jalang" " Lepas tu bawak anak haram kat sini" " Kotor universiti ni jadinya", jerit seorang pelajar arab.

Humaira' hanya menunudukkan muka menahan malu sambil memimpin tangan Ajmal. Syafiq hanya memerhati dari jauh sambil tanda soal muncul di otaknya..????

" Anak haram??" " X kan la perempuan yang baik macam tu ada anak haram" " Aduh, mamat arab ni, main tuduh je", getus hati Syafiq.

Syafiq melantakkan semua itu. Dia terus berjalan menuju ke dewan kuliah. Terdengar juga dia bisikan manusia2 durjana  mengenai Humaira' tapi dia terus berjalan, berjalan dan berjalan sehingga terserempak dengan Humaira'. Dia duduk di satu ruang sunyi. Terdengar esakannya menangis.

"Ummi, ummi, jomlah balik", kata Ajmal.

"Yalah Mal, jom balik ya sayang", kata Humaira' lembut.

"Hah?? Mak?? Anak??" Pening kepala Syafiq dibuatnya.

Syafiq berselindung sebaik sahaja Humaira' bangun dari tempat duduknya. Dia terus memikirkan tentang hal itu. Mak dan Anak.

" Alamak!! dah lambat". Syafiq terus berlari menuju ke dewan kuliah.

Sejak hari tu, selalu juga dia melihat Humaira' dan Ajmal dimaki, dihina. Muncul jugak perasaan kasihan dalam hatinya terhadap dua beranak tu. Tapi, apa yang mampu, dia hanya boleh meredakan susana sahaja. Tak lebih dari tu. Pada suatu petang, ketika bertalaqqi dengan gurunya, Syeikh Fulan bin Fulan. Gurunya bercerita tentang sifat mahmudah seorang insan yang bergelar Muhammad s.a.w. Tiba2, gurunya menyentuh mengenai pekahwinan baginda Muhammad s.a.w. Berkahwinnya baginda bukan atas dasar nafsu tp melindungi mereka yang bergelar wanita. Selepas selesai talaqqi, Syafiq berjalan menuju ke rumahnya. Ketika di atas katil, dia teringat ttg kata gurunya tadi. Teringin juga dia mengikut jejak Rasulullah.

" Hah! Humaira'" " Aku tahu macam mana", jerit hati Syafiq.

Tidak lama kemudian, Syafiq beristerikan Humaira'. Perkahwinan mereka dipermudahkan. Ayah dan Ibu Humaira' hanya merelakan sahaja sebab diorang dah x nak tengik lagi muka anak diorang tu. Malu katanya ada anak macam tu. Dengan terikatnya ikatan pernikahan tersebut, Humaira' telah dilindungi. Tiada lagi manusia durjana yang berani mengherdiknya, memaki hamunnya. Kerana, setiap kali keluar, Syafiq berada di sisinya untuk melindungi.. Ish, romantik pulak. Tapi kisah di atas merupakan 'intro' je.

Pada suatu malam, Syafiq menghampiri isterinya di sisi katil. Melihat redup wajah isterinya yang dahulunya sering menangis kesedihan.

" Bang, sebenarnya Humaira' ada satu benda nak bagitau abang"

" Ya, pasal apa??"

" Ajmal"...

Bersambung......

Sunday, January 9, 2011

Warkah buat Suami Isteri

“Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih mengantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.” “Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.” “Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.” “Nak kahwin lagi ya?”

Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

“Kalau betul kenapa?” “Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?” “Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.” “Okey..”

Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.

Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.

Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

“Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.

Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

“Sila duduk..” “Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?” “Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.” “Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.

“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.

Safiyyah memerhati.





MISI JIHAD CINTA

Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad

Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.

Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

“Ni bang..”

Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”

“Bang..”

Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.

“Ya?”

Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”

“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..” “Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..” “Abang..” “Ya?” “Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?” “Safiyyah sayang…” “Ya bang..” “Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

“Sabar la. Tak lama lagi..”

Di khemah persiapan, Kota Toledo.

Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.

Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

Dahi isterinya dikucup lembut.

“Abang ada satu permintaan.”

“Apa dia bang?”

“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

“Ya,InsyaAllah.”

Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

Terdengar suara memberi salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.

“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

“Baiklah. Terima kasih.”

Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

“Sayang, dah tiba masanya.”

“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

“Kita jumpa di syurga ya.”

“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”

Boomm.. Boommmm.. Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

Bumm!

Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

Bummm!

Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.

Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.

Mereka bertemu di syurga.

Surah At-Taubah :

(52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.

Persoalannya??? Adakah kita sudah bersedia seperti mereka berdua??..

Friday, January 7, 2011

Buat Isteriku

Kelakar jugak bila ana baca kisah babi islam tuh.. hehehe... Tapi, kisah itu tdk berakhir begitu sahaja kerana Muhammad, Syafiq dan Safura masih hidup.... Dengan kehadiran Muhammad, hubungan 'couple islamik' antara Syafiq dan Safura telah terputus. Mereka berhasrat untuk mengikut haluan masing2 selepas itu. Bertahun-tahun berlalu.Syafiq telah pergi ke Syria untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa arab. Manakala Safura pergi ke Mesir, mengambil jurusan medic. Muhammad pula entah hilang ke mana. Tapi itu x penting sebab kali ni, ana cuma nak cerita pasal Safura. Di Mesir, kehidupan Safura berbeza. Walaupun mengambil jurusan medic, dia tidak melepaskan peluang untuk mencari ilmu agama. Serata Mesir dia berkelana untuk mencari ilmu Allah. 'Cinta manusia' bukan lagi perkara yang dikejarnya. Wajah dan nama Syafiq telah jauh dibuangnya hingga ke dasar lautan pasifik. Kini, cintanya hanya pada Allah dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Sifat Safura yang seakan-akan wanita muslimah akhir zaman ini telah menjadikan dirinya digelar Ainul  Mardhiah sebab dia diburu ramai orang. Ramai jugak ustaz2 dan doktor2 cuba untuk menyuntingnya tetapi mereka ditolak mentah2 oleh Safura. Safura x nak pikir pasal kawin2 lagi sbb dia rasa nak tunggu sampai tahun 4. Ada jugak desas-desus yang mengatakan bahawa Safura mungkin seorang 'lesbian' atau 'khunsa'. Tapi fitnah itu ditelannya walaupun sepahit ubat. Nak dipendekkan cerita, sampailah kita di tahun 5 untuk Safura... Jeng, jeng, jeng... Tika itu, Safura sedang menaiki bas. Masa nak turun, kakinya terpeleot. Gedebuk! habis wajahnya yang berseri-seri itu diraba tanah. Cepat2la dia bangun, segan. Masa dia bangun tu, nampak seorang lelaki tengah melihat kerenahnya. Kelam-kabut jadinya. Tapi, hensem jugak laki tu. Selepas beberapa hari, seorang ustazah datang menemui Safura. Dia mengatakan bahawa ada lelaki berminat untuk mendirikan rumah tangga ke arah syurga bersamanya. Bila dengar je ungkapan begitu, Safura tahu, laki ni lain dari yang lain. Ini lamaran yang ke-47 buatnya. Safura sedar, dia seorang gadis. Dalam hatinya masih ada sekelumit rasa inginkan belaian seorang insan yang digelar suami. Akhirnya, dia bersetuju untuk face-to-face dengan laki tu. "Eh, ni laki hari tu!" getus hati Safura. Perbualan bermula....dan abis. Nama laki tu Syazli. Balik umah je, woah, semua orang kata dia bertuah. Diorang kata Syazli tu baik la, pandai bertanggungjawab n lain2 lg yg sewaktu dengannya. Disebabkan ana malas nak citer panjang, senag citer diorang pun kahwin. Jdlah sebuah keluarga yg bahagia. Walaubagaimanapun, semuanya terbongkar apabila mereka duduk sebumbung. Bila tiba waktu solat Subuh, Safura mengambil 2 sejadah lalu dibentangnya. Tunggu punya tunggu, tengok2 Syazli tgh tidur lg. Kejut punya kejut, xnak bgn. Kena marah lg ada la. Akhirnya, terpaksa juga Safura solat sorang2. Tiap2 hari Safura sediakan 2 sejadah untuk solat, satu untuk dia, satu lg untuk suaminya. Tapi, Syazli wat x tau je. Tangkap leleh jugak Safura tiap hari. Ingatkan dapat orang soleh. Tengok2 dapat orang tholeh. X putus2 dia doa kat Allah supaya suaminya diberi hidayah. Tiap2 hari jugak dia bentang 2 sejadah bila tiba waktu solat. Dia tak tau macam mana nak tegur suaminya lg. 10 thn berlalu. Akhirnya pada 1 hari, terdetik di hati Syazli ni nak tanya kat Safura."Sayang, nape abg tgk tiap kali tiba waktu solat, ayang bentang 2 sejadah?" tanya Syazli.. Safura menundukkan wajahnya. Mengalir air matanya bila mendengar soalan itu. "Safura nak abang imamkan solat", jawab Safura perlahan. Tersentak hati Syazli bila dengar jawapan tu. Terus dia memeluk Safura dengan penuh kasih sayang. Menangis jugak dia kali tu. Akhirnya dia sedar yang dia tu hipokrit selama ni. Tapi dia tahu yg dia bertuah sebab ada isteri yg digelar Ainul Mardhiah. Tamat... penat jugak ana tulis ni. Jd, wat para2 isteri di luar sana ataupun bakal2 isteri, jdlah seorang yg tabah dalam menempuh hidup ni. Klu suami terbelok, luruskanlah dengan penuh hikmah

Saturday, January 1, 2011

Buat Kekasih...


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, setelah sekian lama hamba ini menanti, akhirnya Allah kurniakan jua masa dan 'laptop' untuk hamba yang lemah ini menaip. Hemm... syukur,syukur... Hah!! jgn pikir bukan2 bile tengok tajuk tu. Ni ada kisah disebalik tajuk tersebut. Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura ni belajar sama2, kat SAM Bestari. Dah lame2 tu... Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik giler la nak citer. Tapi, Syafiq cuba tahan. Dia x leh luahkan perasaan dia kat Safura sbb nanti takut kena tangkap ngan ajk maksiat. Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, bila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah x leh tahan. Dia mengatur langkah... dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walau macam manapun, diorang ni sedar, yang diorang ni orang islam. Islam x bg umatnya couple2 ni. Jd diorg pakt2 la. Diorang ni nak wat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar je, pergi tempat terbuka. X men tmpt glp2 nih. Bukan tu je, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pulak pakai serban ngan jubah. Lepas tu keluar bukan buang masa, keluar bawak Al-Quran. Berhenti kat kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pulak, mane pegang2 tangan, diorang ikut cara nabi Musa. Lelaki kat depan, perempuan kat belakang.  Bila balik rumah, miss call pagi2. Suruh qiamullail. Hah! kan islamic punya couple tuh. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu ngan Muhammad. Masa ni Syafiq ngan Safura tengah tadarrus kat RFC. Muhammad tiba2 datang sebab x de tmpt duduk. Bila dah duduk tu, Muhammad tanya," Have you married?" "No", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kitorang couple, tapi islamic way" jwb Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya... "ak ni muallaf. Asal dulu ak kristian. Tinggal kat singapore. Dulu, ak suka giler makan babi. Klu sehari x mkan, pengsan ak. Pernah sekali mak ak lupa beli babi, ak masuk wad malam tu. Tetapi, alhamdulillah, Allah bukak pintu hati ak untuk terima hidayah-Nya. Bila ak masuk islam, ak dapat tahu, dalam islam x leh makan babi. Aduh, pening kepala ak. Camne ak nak wat ni?? Seminggu ak masuk hospital lepas masuk islam. Klu zaman Rasulullah dulu ade peringkat2 dia. Tapi ak.. mane ada. Jd, time kat hospital tu ak pikir. Akhirnya, ak jumpa satu jalan keluar. Ak nak islamkan babi tu. Ak beli seekor anak babi. Dari kecik ak jaga die. Seekor lalat pun ak x bg dekat. Setiap jam ak mandikan dia. Lepas 3 hari, ak bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lps tu, tiap2 hari ak bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak ak vacuum terus. Camnilah kehidupan ak dan babi tu buat 2 tahun. Lps dua tahun, mase yg ditunggu2 tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok2 babi ni x de leher. Tp, lantaklah. Ak tibai je sebab dah 2 tahun x makan babi ni. Lpas tu, ak pun masak la bakut teh. Tgh2 makan, nampak seorang ustaz tengah jalan2. Muka macam lapar je. Ak pun ajak la dia makan. Ustaz!! jom makan. Babi islam nih"... Bile dgr kisah tu, Syafiq dan Safura pun sedar. Klu benda tu dah haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...