Saturday, July 24, 2010

Subhanallah

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Raja sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kerana telah bersusah payah menyebarkan Islam dan dengan izin Allah, hari ini, tika ini, si penulis yang hina ini masih digelar seorang muslim.

Segala puji bagi Allah kerana telah menggerak hati insan yg hina ini utk mencoret sesuatu buat sesiapa yg sudi. Ingin ana kongsikan sebuah cerita dengan pembaca sekalian tentang seorang lelaki Ruben Abu Bakr. Kisah ini terlalu menyentuh hati ana. Beliau ini seorang muallaf. Dahulunya orang yang mensyirikkan Allah. Bekerja sebagai seorang jurugambar. Tetapi, Alhamdulillah Allah telah mmbuka jalannya untuk menuju ke arah Islam, agama yg suci.

Sejak dahulu lg beliau telah mengkaji mengenai agama tidak kiralah kristian, yahudi, hindu mahupun Islam. Ketika pengajian ini, 1 per 1 ahli keluarganya ditarik nyawanya ke hadrat Illahi. Walaupun begitu, beliau tidak putus asa dan terus mengkaji dan mengkaji. Akhirnya, Allah telah memberi hidayah-Nya yang luas kepada hamba yg bergelar Ruben ini. Hati beliau tergerak untuk masuk agama yg suci lg murni iaitu Islam. Namun, beliau masih perlukan sedikit lg bukti untuk memeluk agama Islam.

Ketika 1 malam yg indah lg hening, beliau membaca Al-Quran bg mencari kebenaran. Tika itu, hatinya betul2 tergerak untuk menjadi muslim. Cuma sedikit bukti lg yg beliau harapkan untuk menolaknya masuk ke agama Islam. Bagaikan di hujung tebing, sedikit sahaja lagi. Dengan sedikit tolakan beliau ingin menyertai Islam. Oleh itu, pd mlm yg terpilih i2, selepas membaca Al-Quran, beliau membuka tingkap. Langsirnya diikat dengan kemas ketepi.Sebatang lilin diletakkan di hadapannya. Lalu beliau melihat keindahan malam.

Beliau berkata,"Ya Allah, this is my moment to jump into Islam. Just a little push from You. Like standing on the edge of the cliff and with a litlle push I will jump into Islam. All i need is a small sign from you. Maybe the fire from the candle blowing up just like in the movie, or the buildings collapse. Oh common, you created this. Ok now, Go...". But absolutely nothing happen.

"Ok, maybe you are busy handling the day and everything. But please give me just little sign. Oh Allah, You created this. You can do everything. This your chance . All I need is a sign. Maybe a bolt of lightning. Ok now, go...".

But absolutely nothing happened.
Beliau tak boleh kata mgkn i2 atau itu. tidak sebab sedikit pun tiada perubahan pada pemandangan pada malam i2. Beliau telah mula berputus asa. Beliau sedih. Seolah-olah harapan untuk masuk ke dalam agama Islam telah musnah, hancur berkecai. Kemudian, beliau mengambil kembali Al-Quran dan membuka helaian di mana beliau berhenti sebelum ini. Masya Allah... ayat yg seterusnya bermaksud lbh kurang begini... " bg sesiapa yg mencari tanda kekuasaan Allah, lihatlah matahari, bintang dan air, sesungguhnya di situ terdapat tanda kekuasaan Allah bg mereka.... hingga akir ayat.

Betapa berkuasanya Allah. Jikalau Allah ingin memberi hidayah, orang yang dahulunya ketua syaitan pun boleh masuk Islam. Sama-samalah kite mengambil iktibar dari kisah ini dan berdoa agar ditetapkan iman sepanjang perjalanan hidup ini. Segala kesalahan ana mohon keampunan dr Allah dan pembaca sekalian kerana penulis yg hina ini tidak akan terlepas dr melakukan kesalahan dan dosa.

Cerita ini ada dalam youtube..