Friday, January 14, 2011

Istimewa Seorang Anak

"Bang, bang, belikan saya tu", sambil menunjukkan ke arak sebalang gula-gula.

"Ermm, kesian budak ni, comel pulak tu", getus kecil hati Syafiq.

"Adik nak yang ni ke?"" Tak pe, abang belikan."

"Time kasih".

Budak itu terus berlari keluar.

"Jap dik"."Sape nama??"

"Ajmal".



Ajmal terus berlari ke arah seorang wanita di pasar. Ditariknya tangan wanita tersebut lantas menunding ke arah Syafiq.

" Hah?? Humaira'" " Bila masa pulak dia kawin??" " Adik dia kot" bisik hati Syafiq.

Sudah 4 tahun Syafiq di Syria. Melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa arab. Terdengar juga dia berita tentang Safura yang telah berkahwin. Tapi dia langsung x kecewa sebab dia tahu bahawa ada yang lebih baik untuknya di luar sana. Hatinya tenag di Syria. Tempatnya tenang. Lagipun senang nak bertalaqqi dengan syeikh2 syria....

Keesokan harinya...

(Kata2 ni dalam bahasa arab tp ana translate)
"Woi! Jauh skit" " Perempuan jalang" " Lepas tu bawak anak haram kat sini" " Kotor universiti ni jadinya", jerit seorang pelajar arab.

Humaira' hanya menunudukkan muka menahan malu sambil memimpin tangan Ajmal. Syafiq hanya memerhati dari jauh sambil tanda soal muncul di otaknya..????

" Anak haram??" " X kan la perempuan yang baik macam tu ada anak haram" " Aduh, mamat arab ni, main tuduh je", getus hati Syafiq.

Syafiq melantakkan semua itu. Dia terus berjalan menuju ke dewan kuliah. Terdengar juga dia bisikan manusia2 durjana  mengenai Humaira' tapi dia terus berjalan, berjalan dan berjalan sehingga terserempak dengan Humaira'. Dia duduk di satu ruang sunyi. Terdengar esakannya menangis.

"Ummi, ummi, jomlah balik", kata Ajmal.

"Yalah Mal, jom balik ya sayang", kata Humaira' lembut.

"Hah?? Mak?? Anak??" Pening kepala Syafiq dibuatnya.

Syafiq berselindung sebaik sahaja Humaira' bangun dari tempat duduknya. Dia terus memikirkan tentang hal itu. Mak dan Anak.

" Alamak!! dah lambat". Syafiq terus berlari menuju ke dewan kuliah.

Sejak hari tu, selalu juga dia melihat Humaira' dan Ajmal dimaki, dihina. Muncul jugak perasaan kasihan dalam hatinya terhadap dua beranak tu. Tapi, apa yang mampu, dia hanya boleh meredakan susana sahaja. Tak lebih dari tu. Pada suatu petang, ketika bertalaqqi dengan gurunya, Syeikh Fulan bin Fulan. Gurunya bercerita tentang sifat mahmudah seorang insan yang bergelar Muhammad s.a.w. Tiba2, gurunya menyentuh mengenai pekahwinan baginda Muhammad s.a.w. Berkahwinnya baginda bukan atas dasar nafsu tp melindungi mereka yang bergelar wanita. Selepas selesai talaqqi, Syafiq berjalan menuju ke rumahnya. Ketika di atas katil, dia teringat ttg kata gurunya tadi. Teringin juga dia mengikut jejak Rasulullah.

" Hah! Humaira'" " Aku tahu macam mana", jerit hati Syafiq.

Tidak lama kemudian, Syafiq beristerikan Humaira'. Perkahwinan mereka dipermudahkan. Ayah dan Ibu Humaira' hanya merelakan sahaja sebab diorang dah x nak tengik lagi muka anak diorang tu. Malu katanya ada anak macam tu. Dengan terikatnya ikatan pernikahan tersebut, Humaira' telah dilindungi. Tiada lagi manusia durjana yang berani mengherdiknya, memaki hamunnya. Kerana, setiap kali keluar, Syafiq berada di sisinya untuk melindungi.. Ish, romantik pulak. Tapi kisah di atas merupakan 'intro' je.

Pada suatu malam, Syafiq menghampiri isterinya di sisi katil. Melihat redup wajah isterinya yang dahulunya sering menangis kesedihan.

" Bang, sebenarnya Humaira' ada satu benda nak bagitau abang"

" Ya, pasal apa??"

" Ajmal"...

Bersambung......

No comments:

Post a Comment