Saturday, January 15, 2011

Istimewa Seorang Anak 2


(istimewa jugak anak ni ya)

Humaira' menundukkan pandangannya. Setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi lantai kerna mengenang kembali zaman lampaunya. Dia memegang erat tangan suaminya. Diambilnya lalu diletakkan di atas pehanya.

" Sebenarnya, Humaira' hampir menggugurkan Ajmal dulu" "Humaira' x tau macam mana Humaira' boleh mengandung" "Humaira' x pernah buat kerja kotor tu tapi..." " Humaira' takut nak jelaskan kat ayah sbb ayah Humaira' dah lama benci kat Humaira' sbb Humaira' malukan dia dengan pakai tudung labuh" " Jadi, ayah mesti marah kalau Humaira' bgtau yang Humaira' mengandung" " Jadi...."

" Humaira' sila masuk", panggil jururawat.

Humaira' melangkah perlahan. Hatinya rasa bersalah pada setiap langkahnya. Dia tahu perkara ni salah dan berdosa tp dia sudah buntu.... untuk mencari jalan keluar..

" Ya Humaira' silakan duduk", sapa seorang doktor sambil terselit senyuman di bibirnya.

" Sakit apa  ni?" tanya doktor muslimah tersebut.

" Sebenarnya saya x sakit tp.... saya mengandung." " Boleh doktor tolong saya." " Saya x tau apa nak buat lagi" " Anak ni pun entah datang dari mana saya pun x tau. "Saya x pernah sentuh lelaki pun kecuali ahli keluarga saya." " Sedar2 je saya mengandung." " Saya takut doktor." " Kalau ayah saya tahu tentang ni mesti dia mengamuk." " Tolong saya doktor." " Tolong saya gugurkan anak ni."

Doktor tersebut hanya tersenyum mendengar kata2 Humaira'. Humaira' pelik..???... Doktor itu tidak sedikit pun memarahinya sebaliknya memberikannya senyuman yang manis..???

" Humaira', akak ada cerita skit untuk Humaira'. Humaira' nak dengar?"

"Macam ni lah. Dulu akak x macam ni. Pakai tudung labuh, jubah, stokin.... Akak dulu hampir murtad tau. Alhamdulillah Allah syangkan diri akak. Allah bukak balik pintu hati akak ni untuk terima Islam. Dulu akak benci sangat ngan Islam. Itu x boleh, ini x boleh. Jadi apa je yang boleh?? Akak dulu x suka pakai macam skrg ni. Akak lg suka tayangkan rambut akak. Pakai baju seksi2. Barulah orang pandang, ikut peredaran zaman. Cakap pasal solat?? Lagilah teruk. Macam x pernah buat je. Hidup akak mmg macam tu dulu. Akak x pernah dapat didikan agama. Anak akak pun akak x ajar pasal agama. Nama Allah pun akak x pernah sebut kat diorang. Jadi, sebab dah bosan dengan Islam yang 'mengonkong' sangat tu, akak decide nak tukar kristian. Akak nak murtad. Suami akak pun sama je perangai cam akak cuma dia x nak murtad je. Dia kata daripada murtad baik duduk je dalam Islam tapi x yah lah ikut apa Islam suruh. Bila jiran akak tau pasal akak nak murtad, kecoh diorang. Setiap kali akak jalan diorang pandang semacam je.Tapi akak buat x tau je lah sbb ni hidup akak. Akak la yang tentukan. Akak dah plan nak tinggalkan suami ngan anak2 akak. Diorang tu menyemak je. Klu diorang x de. bleh la akak berfoya-foya kat luar. Akak ada jugak plan nak gi luar negara lepas murtad. Tapi yang peliknya.... anak akak yang sulung. Nama dia Areef. Akak xpernah ajar dia pasal agama ni. Sikit pun akak x ajar. Yang akak buat hanya masak, kemas rumah, basuh baju, pergi kerja. Tapi anak akak ni selalu tegur akak. Setiap kali masuk waktu solat dia tanya akak dah solat belum. Senyum je muka dia akak tengok. Tp akak apa kisah masa tu. Lantak aku lah nak solat x nak. Akak pun x marah dia sbb dia tegur lembut sangat. Asal akak nak keluar rumah dia cakap pasal tudung. Akak pun x tau knape. Akak dengar je lah dia cakap tapi x buat pun. Tapi dia x pernah berhenti cakap benda tu. Tiap2 hari benda yang sama je dia ulang. Sampailah satu hari akak nak keluar pergi gereja sbb nak pergi dibaptiskan. Pagi tu dia cakap... " Mak, mak mesti cantik kan kalau pakai tudung".. Lepas hantar dia pergi sekolah, perkataan tu terus bermain di fikiran akak. Akak berhenti depan gereja tp akak x kluar. Akak ingat balik semua teguran dia kat akak. Muka dia waktu tegur tu. Semua tu bermain dalam fikiran akak. Tiba2 satu persoalan timbul dalam kpala akak. Macam mana anak aku ni boleh jadi macam ni sedangkan ak x ajar dia pasal Islam walau sezarah pun. Akak pun terfikir. Anak akak ni mesti satu hadiah dari Allah untuk akak. Walaupun akak x didik dia, x sayang dia macam mak2 lain syang anak dia... Dia ttp sayang akak. Jd, akak fikir, akak nak bertaubat. Terus x jadi murtad. Akak pergi pejabat agama dan mengucap balik. Cuba tengok. Sebenarnya anak ni amanah dan anugerah dari Allah. Alhamdulillah, bukan akak sorang je yang anak akak tarbiyyah, malah suami akak ngan anak2 akak yg lain semua dia tarbiyyah. Adik2 dia yg lain semua ikut dia. Jadi Humaira', x kan lah Humaira' nak buang anak Humaira' ni. Jaga anak tu baik2. Mesti ada hikmah di sebalik ciptaan Allah."

Syafiq mengangkat wajah Humaira'. Ditenungnya dalam2. Dia tersenyum. Bangga memiliki seorang 'zaujah' yang istimewa....

p/s: banyak pengajaran dari cerita ni. Cerita pasal Areef tu ana adaptasi dari kisah benar. Klu ada lah wanita2 yang nak buang anak terbaca cerita ni... jgnlah buang ya. Jaga anak tu baik2. Ana teringat juga ayat sahabat ana.." tegakkanlah daulah di rumahmu nescaya kelak akan tertegak di negerimu"


Tamat

1 comment:

  1. insha allah..moga allah buka hati2 ibu yg nk b'buat cm2 kt luar sana..

    ReplyDelete