Saturday, October 2, 2010

Tersalah Langkah

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, dapat juga hamba Allah ini menulis sekali lagi dengan izin-Nya. Selalu kita dengar, orang kata,"kita ni manusia, tak terlepas dari kesilapan". Ya, mmg betul kita ini adalah manusia. Dan kita tidak akan terlepas dari kesalahan. Namun ayat2 indah ini sering manusia gunakan sebagai excuse bila dia buat kesalahan. Boleh terima ke alasan macam ni? Memang manusia akan buat silap tetapi bile seseorang itu berkata sedemikian seolah-olah dia tak salah. Seolah-olah dia menyalahkan robb yang menciptanya. Tidakkah begitu? Fikir2kanlah wahai umat islam sekalian. Seharusnya kita sellepas melakukan kesilapan kita bertaubat kerana Allah itu Maha Pengampun. Allah lebih mengasihani hamba-Nya daripada kasih ibu terhadap anaknya. Masya-Allah, sungguh besar rahmat Allah. Janganlah kita bersedih hati bila buat salah tapi jadikanlah ia pengalaman yang mengajar kita untuk mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Harapnya tinta tulisan komputer ini dapat memberi pengajaran untuk kita semua. Sehingga bertemu lagi...

No comments:

Post a Comment